Dalan D'Olive

Dalan D'Olive

Tuesday, April 7, 2015

Masalah Rambut Gugur

Assalamualaikum.....



[ KEHILANGAN RAMBUT???ANDA TIDAK KESEORANGAN ]
Tahukah anda memerangi kehilangan rambut telah bermula pada zaman purba?Lama dahulu,orang orang Mesir membuat campuran daripada aneka lemak haiwan untuk disapu pada kulit kepala.
Julius Caesar sekalipun menghadapi masalah dan setealh semuanya gagal,beliau terpaksa memakai lingkaran daun laurel.
Walaupun belum ada penawar ajaib,memahami masalah ini boleh membantu kita memberikan penjagaan yang lebih baik untuk mahkota kebanggaan kita ini.

================================================

Sebab Sebab Biasa Kehilangan Rambut
√ Tekanan Emosi
√ Tekanan Fizikal
√ Diet
√ Rawatan Kimia(iaitu mewarna dan mengeriting)
√ Kebotakan Corak Lelaki
√ Melahirkan Anak
√ Sakit

Pernahkah Anda Mengalami Masalah Masalah di atas.Pastinya Ramai Wanita di Luar sana Mengalami Masalah ini.
Dalan d'Olive ingin membantu anda.Produk natural yang dihasilkan dengan Zaitun mampu melembutkan rambut yang kering dan rosak.Para pakar kecantikan rambut juga mengesyorkan zaitun supaya rambut menjadi sihat dan kelihatan berkilau.



====================================
PARABEN,SILICON,PEG,SLES FREE!!!
====================================
IMPORTED FROM TURKEY
====================================

Alami Keyakinan Rambut Lebih Sihat,Tebal dan Lebih Menawan.
DALAN OLIVE SHAMPOO & DALAN OLIVE CONDITIONER



Whatsapp : 013 2668783 ( AnnA)



Masalah Jerawat Di Badan

Assalamualaikum....


Apakah PUNCA terjadinya Jerawat di Badan ?


Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti).

Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi para doktor (atas pemerhatian) telah memberikan faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini.

Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
Walau apapun punca yang menyebabkan jerawat tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus mengganggu dan membelenggu diri anda.

Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari menjejas penampilan, ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. Justeru itu, JANGAN AMBIL REMEH perkara ini. Segera bertindak dan jangan anggap masalah ini akan pulih dengan sendiri. Malah mungkin bertambah teruk jika terus dibiarkan.

Bagaimana Cara untuk mengatasi masalah Jerawat Badan ?

Selain menggunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, kita juga boleh mengatasi atau mengelak dari masalah jerawat di badan ini berterusan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak oleh kita sendiri.


Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:
- Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.
- Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
- Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
- Rajin bersihkan diri.
- Amalkan gaya pemakanan yang sihat.
- Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.





WHATSAPP 0132668783 (ANNA) UNTUK INFO YANG LEBIH LANJUT!!




Tuesday, March 10, 2015

Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya

Assalamualaikum....




"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.




Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.





Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".


Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. 




Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.




Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

                                                         


Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
 

Tuesday, February 17, 2015

The Power of Olive #testimoni 1

Assalamualaikum....




Terima kasih kepada pengguna Dalan D'Olive...Majoriti mereka berpuas hati dengan hasil yang sangat menakjubkan...terima kasih kerana mempercayai produk Dalan D'Olive...



Dalan Olive Body Oil





















Dalan Olive Shampoo















Dalan Olive Oil Soap











Dalan Olive Intensive Cream

















Wednesday, January 7, 2015

Produk Dalan D'Olive

Assalamualaikum.....



Di sini kami akan memperkenalkan setiap satu produk dengan lebih terperinci...





1. Olive Oil Shower Gel  (Non Perfumed)





RM15.00/ 250ml



Diperbuat daripada Minyak Zaitun Aegean..Menjadikan kulit selembut sutera..Minyak zaitun yang kaya dengan Vitamin E dapat melembutkan kulit dan menjaga keseimbangan sehingga 24 jam..





Kelebihan :




  • Melembapkan kulit yang kering
  • Menghilangkan bau badan
  • Menghilangkan daki di badan
  • Mengurangkan kesan parut
  • Menghaluskan dan menggebukan kulit
  • Sesuai untuk kulit sensitif dan kulit biasa
  • Tiada bahan kimia dan pewarna yang boleh menyebabkan kanser kulit
  • Bebas paraben
  • Selamat untuk bayi



2. 100% Pure Olive Oil Shampoo


RM29.00/400ml



Diperbuat daripada minyak zaitun Aegean dan protein gandum..Syampu ini memulihkan kesihatan semulajadi untuk rambut anda..Diuji keberkesanannya oleh Internationally Accredited Laboratory..Digunakan 3 kali seminggu selama 4 minggu..InshaAllah akan nampak hasilnya..



Kelebihan :

  • Menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung
  • Menyuburkan dan menyihatkan kulit kepala
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Menghilangkan kelemumur
  • Memulihkan rambut rosak dan kering
  • Mengatasi rambut bercabang
  • Melembapkan dan melebatkan rambut
  • Melicinkan dan menghitamkan rambut
  • Bebas Paraben



3. Olive Oil Conditioner 



RM23.00/200ml


Diperbuat daripada minyak zaitun Aegean dan protein gandum..Olive Oil Conditioner ini berfungsi untuk menyuburkan, menguatkan dan membaiki kerosakan pada rambut..Digunakan selepas bilasan olive oil shampoo..Juga melindungi dari rambut bercabang..Hasilnya ranbut akan berkilat dan mudah di urus.


Kelebihan :

  • Menjadikan rambut lebih bersinar dan berkilat
  • Melicinkan, tidak kusut serta mudah diuruskan
  • Mengekalkan kesegaran dan keharuman rambut anda
  • Bebas Paraben



4. Oil Hand & Body Cream (Lotion)


RM13.00/75ml
RM23.00/250ml


Krim minyak zaitun ini boleh digunakan pada tangan dan seluruh anggota badan..Mengandungi vitamin E yang tinggi dan bersifat antioksidan..Boleh digunakan pada kulit sensitif dan juga kulit sihat..Krim ini tidak berminyak dan berasa ringan..


Kelebihan :



  • Melembapkan kulit
  • Memberikan kelegaan kepada kulit kering
  • Melindungi kulit daripada faktor luaran yang boleh menyebabkan kekeringan
  • Melembutkan kulit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Mengurangkan masalah pengelupasan kulit
  • Boleh digunakan pada tumit yang mereka
  • Membaiki struktur kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Bebas Paraben
  • Sesuai untuk bayi



5. Olive Body Oil



RM39.00/250ml


Minyak badan zaitun dengan kandungan vitamin A,D,K dan E yang tinggi dan antioksidan, menyuburkan dan melindungi kulit anda terhadap faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan penuaan..Diuji di Institut German Dermaconsult Gmhb, ia boleh digunakan untuk mengurut dan selamat untuk kulit sensitif..Kombinasi minyak zaitun Mediterranean dan minyak bijan dalam D'Olive Body Oil yang mudah serap ke dalam kulit..Lebih penting ia BEBAS dari bahan pengawet iaitu 'Paraben'..Rasailah aroma segar dan sihat serta kejaiban alam semulajadi yang diberikan kepada kulit anda..



Kelebihan :



  • Boleh terus sapu pada kulit kering
  • Sangat sesuai untuk mereka yang berumur
  • Boleh dijadikan minyak urut badan
  • Melembapkan kulit
  • Menghilangkan parut
  • Menghilangkan regangan kulit (stretch mark) untuk para ibu selepas bersalin
  • Mencerahkan kulit
  • Sesuai disapu pada kulit bayi
  • Juga sesuai digunakan pada rambut yang bercabang dan kering
  • Bebas paraben



6. Olive Oil Liquid Soap 


RM8.00/350ml


Kelebihan : 

  • Mengandungi Vitamin E yang tinggi
  • Antioksidan
  • Memulihkan struktur kulit anda
  • Menyuburkan dan melembapkan kulit
  • Mengembalikan semula kelembapan kulit
  • Digunakan untuk membersihkan tangan dan badan
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Bebas Paraben




7. Olive Oil Intensive Care Cream



RM15.00/20ml


Berfungsi sebagai rawatan rapi dan krim yang dirumus khas untuk kulit kering..Mempunyai vitamin E yang tinggi dan antioksidan..Keajaiban krim yang berasaskan minyak zaitun ini adalah untuk mencergaskan dan menyuburkan kulit yang bermasalah serta membantu mereka yang mengalami kulit sensitif..Diperkaya pelembap tambahan dan tidak berminyak serta mudah menyerap..



Sesuai untuk merawat masalah kulit seperti : 


  • ruam
  • eczema
  • gatal-gatal pada kulit
  • luka kecil pada jari
  • kulit kering atau bersisik 
  • alergik 
  • panau
  • kurap
  • tumit merekah/kasar


8. Olive Oil Bar Soap 100% Original (Non-Perfumed)


RM8.00/150g


Diperbuat daripada minyak zaitun Aegean. Sabun ini juga pembersih semulajadi untuk badan dan rambut. Vitamin E dan antioksidan dalam minyak zaitun berfungsi menyuburkan da melembapkan kulit. Sabun minyak zaitun secara tradisi boleh digunakan untuk mencuci rambut dan kulit kepala yang bermasalah..Penggunaan yang berterusan menguatkan dan menambah sinar pada rambut anda.




Kelebihan : 



  • Penggunaan 2 dalam 1 (badan dan rambut)
  • sesuai digunakan bg mereka yg mengalami radang kulit dan juga kulit sensitif terhadap sabun biasa
  • tiada campuran bahan kimia (paraben) yg boleh menyebabkan kanser kulit
  • 100% dari minyak zaitun dan sesuai digunakan pada kulit bayi
  • boleh digunakan pada rambut untuk mereka yg mengalami masalah kulit kepala berminyak,berkelemumur dan rambut gugur
  • bg mereka yg mempunyai kulit sihat, ia berfungsi utk melembapkan kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV
  • Ia kurang berbuih dan sesuai bagi mereka yang mengalami Ekzema
  • Bebas paraben (pewangi dan bahan kimia)




9. Olive Oil Bath Therapy Soap with Rosemary 



RM8.00/200g




Sabun yang dicampurkan minyak zaitun dan wangian rosemary digunakan untuk menghaluskan kulit dan memberi kesegaran dan keharuman pada kulit..


Kelebihan :
  • Mengandungi Vitamin E yang tinggi
  • Antioksidan
  • Menyegarkan kulit agar lebih bermaya
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit
  • Dapat menghaluskan dan melembapkan kulit



10. Olive Oil Glycerine Soap



RM5.00/100g



Dengan pelembap intensif, sabun olive gliserin memberi penjagaan harian yang penting untuk kulit anda.



Kelebihan : 
  • Membantu untuk memulihkan semula struktur kulit
  • Kaya dengan vitamin E dan aktioksidan 
  • Menyuburkan kulit
  • Kandungan glycerine berfungsi untuk mendapatkan semula kelembapan kulit anda yang hilang semasa pembersihan
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit anda 
  • Membersihkan kulit anda dengan sempurna



11. Haccer Facial Cleanser

RM49.00/150ml





Kelebihan :

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Anti penuaan
  • Menghilangkan dan mengurangkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan bintik putih
  • Menghilangkan kedutan
  • Sesuai untuk kulit kering dan berkedut
  • Menghilangkan hitam di bawah mata
  • Memulihkan kulit muka yang terkena sunburn
  • Menghilangkan dark spot
  • Mengatasi masalah kulit berminyak


12. Haccer Face Care Cream


RM49.00


Mereka yang mengalami kulit kering perlulah menggunakan produk yang mempunyai kandungan pelembap yang tinggi..Krim Haccer dapat membantu kulit anda kekal lembap sepanjang hari dengan kandungan estrak buah zaitun dan estrak herba.


Kelebihan :

  • Dapat menyuburkan dan memudakan kulit 
  • Dapat menyeimbangkan kelembapan dan melegakan kulit 
  • Mencegah kekeringan pada kulit muka 
  • Menjadikan kulit muka lebih sihat dan segar
  • Membantu sekatakan kulit wajah
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Krim Haccer tidak mempunyai pewarna tambahan dan bebas paraben



13. Haccer Olive Oil


RM25.00/250ml


Kelebihan : 

  • Halal Certified By Eurocert Eqc
  • 100% Extra Virgin Olive Oil Cold Pressed
  • Low Acidity Free From Additives And Preservative
  • Mild Taste
  • Protect From Sunlight & Heat
  • Origin From TURKEY



14. Al Ilaj Olive Capsule (Produk Rasmi Dato' Ustaz Ismail Kamus)



RM36.00/60 biji


    SANGAT BAGUS untuk MERAWAT :

√ Migrain
√ Resdung
√ Gout
√ Kolestrol Tinggi
√ Batu Karang
√ Lawas
√ Kulit bermasalah
√ Keputihan
√ Luka/parut
√ Sukar tidur malam
√ Cepat letih




 KEISTIMEWAAN Kapsul Minyak Zaitun Al Ilaj 



  • Organik, ditanam secara organik dari pokok tertua di bumi Palestine. 


  • Minyak Zaitun dari Palestin, dikapsulkan di Malaysia.
  • RM1 setiap botol jualan didermakan kepada NGO Palestin.
  • Dibaca ayat syifa' oleh Ust Ismail Kamus sbg ikhtiar Islami.
  • Perahan sejuk, Pemprosesan perahan sejuk dapat mengekalkan khasiat minyak zaitun 100%
  • Botol gelap, Terhindar dari kesan cahaya yg mengurangkan zat buah zaitun.






“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi,walaupun tidak disentuh api...

(Surah An-Nur Ayat 35)